Monday, 27 March 2017

Ayat Al-Quran mengenai gelandangan

1.Allah swt telah berfirman dan memerintahkan kepada kita semua sebagai umat Islam untuk memberikan atau menunaikan hak (berzakat, shadaqah, infaq dan lain-lain) kepada keluarga-keluarga yang terdekat, orang miskin, musafir (orang yang dalam perjalanan). Dalam ayat ini, terdapat perintah untuk berbuat baik kepada kaum dhuafa seperti golongan miskin, gelandangan dan juga orang yang musafir.

2. Hak lain yang perlu ditunaikan adalah "mengeratkan tali persaudaraan dan hubungan kasih sayang diantara satu sama lain, saling bersilaturahim, bersikap lemah lembut dan bersopan santun, memberikan bantuan kepada mereka dan memberikan sebahagian rezeki yang Allah swt berikan kepada kita semua.

3. Selanjutnya Allah swt memberikan penegasan bahawa kita dilarang untuk menghambur-hamburkan harta yang kita miliki secara boros atau berlebihan, Islam mengajarkan kita mengenai kesederhanaan sehingga kita harus membelanjakan harta sesuai dengan keperluan sahaja.

4. Dalam ayat yang ke-27 Allah berfirman bahawa orang-orang yang bersifat boros merupakan golongan-golongan syaitan, tentu kita tidak mahu untuk menjadi golongan tersebut. Ini disebabkan, syaitan adalah makhluk yang Allah swt cipta, tetapi ia ingkar kepada Allah swt dan tidak mahu menjalankan segala yang Allah swt perintahkan. Sehingga syaitan nantinya akan masuk ke dalam
neraka, syaitan akan terus menggoda manusia untuk mengajak kita masuk ke dalam neraka. Sudah tentu kita sebagai seorang muslim yang beriman tidak mahu masuk ke dalam neraka kerana  pedihnya siksaan di dalam api neraka.

No comments:

Post a Comment

Kesimpulan

• Setiap individu tidak perlu berputus-asa dalam mencerahkan kehidupan mereka. • Cabaran dan konflik tanggungjawab dalam isu gelandangan da...